ANTARAPOS
PUTRAJAYA: Susulan penahanan Setiausaha Politik kepada seorang menteri
kabinet semalam, hari ini menteri berkenaan Datuk Seri Richard Riot tiba
di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini
hari ini bagi memberi keterangan.
Beliau yang merupakan Menteri Sumber Manusia, hadir dipercayai
berkaitan penyelewengan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
Memetik laporan Utusan Malaysia, beliau yang tiba pada pukul 10.03 pagi
kemudian memasuki pejabat SPRM untuk memberikan keterangan.
Semalam, Setiausaha Politik beliau direman enam hari bagi membantu siasatan penyelewengan dana kerajaan RM40 juta untuk PTPK.
Suspek berusia 61 tahun itu dengan gelaran "Datuk" dipercayai adalah
anggota SUPP. Beliau dikatakan telah berkhidmat sebagai pembantu menteri
sejak 1 Jun 2013.
Sebelum ini, empat individu termasuk Ketua Eksekutif PTPK bergelar
Datuk dibebaskan dengan jaminan selepas ditahan reman sejak 14 September
lalu.
Tiga pegawai PTPK dan seorang pengarah syarikat disyaki terlibat
menyalahgunakan kedudukan dan menyeleweng wang peruntukan program
latihan kemahiran bagi mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan