KUALA LUMPUR: Bomba menemui mayat seorang lelaki yang dipercayai tidak
sedarkan diri selepas terjatuh di bilik air di sebuah kilang komputer di
Taman Perindustrian UEP, Subang Jaya.
Dalam kejadian kira-kira 7.50 pagi tadi, mangsa yang berusia 38 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd. Sani
Harul berkata mangsa terlebih dahulu pergi ke bilik air untuk membuang
air kecil sebelum terjatuh dan pintu tandas terkunci.
Pihak bomba menerima panggilan pada jam 7.56 pagi dari seorang pekerja kilang berkenaan.
“Apabila pihak bomba tiba, kita mendapati terdapat seorang mangsa di
dalam bilik air tersebut serta disyaki tidak sedarkan diri.
“Pintu berjaya dibuka dan namun mangsa disahkan meninggal dunia di
tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mayat lelaki kini dihantar ke Hospital Serdang dan diserahkan kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan