REMBAU: Sebuah asrama yang menempatkan pelajar perempuan di Maahad
Tahfiz Yayasan Sofa di sini terbakar dalam satu kejadian, awal pagi
tadi.
Kebakaran itu memusnahkan hampir 60 peratus bangunan berkenaan yang diduduki 37 pelajar perempuan.
Pengarah Bomba Negeri Sembilan, Norazam Khamis mengesahkan kejadian yang berlaku pada jam 1.50 pagi tadi.
Kesemua pelajar terselamat namun tiga daripada mereka mengalami asma kerana terhidu asap.
"Ketiga-tiga pelajar ini telah dikejarkan ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut," kata Norazam.
Pihak bomba masih menyiasat punca kebakaran.
Norazam memberitahu pihaknya tiba di tempat kejadian 10 minit selepas
menerima panggilan kecemasan ketika api sedang marak di separuh bahagian
asrama itu.
Api kemudiannya berjaya dikawal 15 minit kemudian dan bomba mengambil
masa selama setengah jam untuk memadam keseluruhan kebakaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan