Sabtu, 3 September 2016

Sebaik Sahaja Tengok Muka Husam, TGNA Pun Berpaling Ke Arah Lain – Anak Saudara Allahyarham

 

 
nik ahmad


Anak saudara Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) menafikan kenyataan Datuk Husam Musa (DHM) yang mendakwa jika Allahyarham masih hidup pasti beliau akan mengikut jejaknya menyertai Parti Amanah Negara (PAN).

Membuktikan dakwaan Husam itu tidak benar, Nik Ahmad Mumtaz mendedahkan satu kejadian yang diceritakan oleh ayahandanya (adik TGNA) berkenaan kedatangan Husam ke Masjid Pulau Melaka Kota Bharu, Kelantan untuk berjumpa dengan TGNA.


“DHM datang untuk berjumpa TGNA di Masjid Pulau Melaka, masa itu ayah sedang mengurut TGNA sambil berehat selepas solat (duduk bersila dan pejam mata).

“DHM beri salam (sahaja) hampir 30 minit, lepas itu (apabila) TGNA buka mata, tengok DHM duduk depannya, TGNA pun (segera) berpaling muka menghadap ke arah lain.

“(TGNA) tidak bercakap sampai kesudah (dengan) DHM. Lebih kurang 40 minit dia (DHM) berada di situ, akhirnya DHM angkat kaki (meninggalkan TGNA).

“Jadi boleh bayangkan lah hubungan TGNA dengan DHM di akhir hayatnya, ” dedah Nik Ahmad Mumtaz dalam Facebook.

Menurut Nik Ahmad Mumtaz sikap bapa saudaranya yang tidak mahu melayan Husam membuktikan hubungan mereka pada saat-saat akhir tidak lagi rapat sepertimana yang cuba digambarkan.

“Seperti semua maklum, TGNA kalau dengan orang yang dia rapat, dia memang akan layan sebaik mungkin, sekalipun dia amat penat.

“Jadi jika sebaliknya, boleh faham sendiri lah ya (apa maksudnya),”tambahnya lagi.


nik ahmad mumtaz

Tiada ulasan: