MELAKA: Suspek
kes bunuh yang melibatkan tiga sekeluarga di Kampung Bertam Malim di
sini minggu lepas disambung reman selama tujuh hari bermula hari ini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP
Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata permohonan tempoh sambung
reman adalah bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan terhadap suspek
yang berumur 26 tahun itu terutama berkaitan punca dan motif kejadian.
“Polis masih menjalankan siasatan
terperinci berkaitan kes ini sebelum proses dakwaan boleh dilakukan,”
katanya kepada pemberita.
Dalam kejadian awal pagi Khamis lepas
itu, Pengerusi Tetap Umno Tangga Batu, Mariah Baharin, 60, bersama
suaminya Hassan A.Wahab, 70, dan anak lelaki mereka Mohammad Taufeq, 22,
ditemukan mati dikelar dipercayai oleh anggota keluarga angkat pasangan
itu yang dipercayai merupakan seorang penagih dadah. .
Dua lagi anak perempuan mangsa iaitu
Noor Haslinda Diyana, 26, dan Nuraqedah Aeina, 24, cedera parah dan
sedang dirawat di Hospital Melaka.— Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan