Isnin, 12 September 2016

Cadangan Noh tak pernah dibincang dalam kabinet - TPM


Noh Omar
Noh Omar


Cadangan supaya pemaju perumahan diberi lesen pemberi pinjaman kewangan untuk membantu pembbeli rumah yang menghadapi kesukaran mendapat pinjaman bank tidak pernah dibincangkan dalam Kabinet.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan perkara itu sambil berkata pihaknya menantikan penjelasan berhubung cadangan yang dibangkitkan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

"Cadangan itu tidak pernaj dibincangkan dalam kabinet dan kita telah memintanya (Noh) memberikan penjelasan berhubung cadangan itu," katanya pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan ke-8 Makkal Sakti di Menara Kembar Bank Rakyat di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan itu yang dibangkitkan oleh Noh beberapa hari lalu yang kemudiannya menjadi kontroversi di media-media sosial.

Pada Khamis, Noh mencadangkan supaya pemaju berminat boleh menyerahkan permohonan lesen pemberi pinjaman wang di bawah Akta pemberi Pinjam Wang (Pindaan 2011) Akta 400, dibawah bidang kuasa kementerian itu.

Dengan pelaksanaan itu nanti, pemaju boleh membantu pembeli rumah dengan pembiayaan 100 peratus atau sebahagian dengan syarat kadar faedah tidak lebih 18 peratus setahun.

Pengumuman Noh Omar itu menerima bantahan pelbagai pihak walaupun bertujuan untuk memberi pembeli pilihan tambahan. --MalaysiaGazette


Tiada ulasan: