Rabu, 7 September 2016

12 keluarga terima bantuan sempena Aidil Adha

OLEH SYASYA SUFIAN


GOMBAK- Sebanyak 12 keluarga menerima bantuan  berjumlah RM6,500 daripada masyarakat prihatin dalam Program Sumbangan dan Ziarah Rumah ke Rumah Fakir Miskin.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), Datin Seri Shamshida Taharin, berkata program itu merupakan anjuran badan itu bagi membantu golongan asnaf menyambut Hari Raya Aidiladha.

“Bantuan ini diberikan kenalan rapat untuk saya sampaikan sendiri kepada golongan asnaf.

“Sebanyak tujuh rumah dihulurkan bantuan, manakala lima buah lagi dilaksanakan pada 9 September ini,” katanya selepas Program Sumbangan di sekitar Gombak, di sini, hari ini.

IMG_2382

Hadir sama mengiringi beliau, isteri Ahli Dewan Negari (ADN) Gombak Setia, Ruhaiza Mohamed dan pegawai Pejabat Ahli Parlimen Gombak.

Tambahnya, masyarakat disekeliling perlu turut sama membantu golongan tersebut dalam menyebarkan maklumat berkenaan bantuan dilaksanakan Kerajaan Negeri.

“Terdapat pelbagai program seperti bantuan HIJRAH dan Foodstamp yang masih golongan ini tidak tahu ia wujud dan dimana mereka perlu dapatkan bantuan tersebut.

“Menjadi tanggungjawab bersama kita mencari mereka dan menyampaikan maklumat begitu banyak bantuan ditawarkan Kerajaan Negeri dalam meringankan beban mereka,” katanya.

Tiada ulasan: