shahbudindotcom
Seorang
pegawai kanan Jabatan Peguam Negara, DZulkifli Ahmad dikatakan bakal
dinamakan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru bagi menggantikan Abu
Kassim Mohamed.
Namanya dikatakan sudah dibentangkan dalam mesyuarat kabinet pada Rabu lalu.
Jawatan Dzulkifli dalam Jabatan Peguam Negara ialah Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara.
Peguam
Negara sekarang ialah Apandi Ali yang dilantik secara mengejut dalam
kontroversi 1MDB pada Julai tahun lalu bagi menggantikan Abdul Gani
Patail yang "dibersarakan" atas alasan kesihatan.
Dalam
masa yang sama, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Mustafar
Ali diberitakan turut akan dipindahkan untuk mengetuai sebuah jabatan
kerajaan yang lain yang belum dinamakan.
Mustafar difahamkan akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara, petang ini.
Ini
bermakna, bersekali dengan kemasukan Dzulkifli mengetuai SPRM, Mustafar
juga dikeluarkan daripada agensi pencegahan rasuah negara itu.
Selepas
Jabatan Peguam Negara "dirombak" dan berlaku beberapa pertukaran
berikutan kemasukan Apandi pada Julai tahun lalu, kini nampaknya giliran
SPRM pula bakal "dilembutkan" melalui perlantikan orang-orang baru di
dalamnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan