Hafiz Yatim
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membatalkan keputusan lembaga
disiplin Universiti Malaya mengenakan denda atau menggantung lima
pelajarnya kerana menganjurkan dan menyertai perhimpunan bekas Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dua tahun lalu.
Mereka ialah bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya
(PMUM) Fahmi Zainol dan ahli jawatankuasanya Safwan Shamsuddin, Adam
Fistivil Wilfrid, Haw Yu Hong dan Khairol Najib Hashim.
Hakim Mohd Yazid Mustafa, dalam membenarkan permohonan semakan
kehakiman bagi membatalkan keputusan lembaga itu, memutuskan bahawa
prosiding tatatertib tidak dijalankan mengikut Kaedah-Kaedah Universiti
Malaya (Tatatertib Pelajar) 1997.
Ia juga memutuskan bahawa apabila lembaga disiplin UM bertemu dengan
lembaga rayuan, ia dilakukan tanpa kehadiran pelajar berkenaan.
Kelima-lima mereka diwakili peguam New Sin Yew.
Universiti itu menggantung Fahmi selama dua semester dan denda RM600,
manakala Safwan digantung selama satu semester dan didenda. Sementara
pelajar lain hanya dikenakan denda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan