Ketua Polis Daerah Tumpat, Supt Zaharudin Rasid berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, mangsa Mohammad Faiz Wahib, 18, bersama rakannya Mohd Azwa Mat Nor dipercayai gagal mengimbangi bot yang mereka naiki akibat angin kencang.
"Mohd Azwa berjaya menyelamatkan diri dengan menaiki kembali bot terbabit manakala Mohammad Faiz tidak dapat menyelamatkan diri kerana mengalami kecederaan akibat terkena kipas enjin bot tersebut," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.
Zaharudin berkata Mohammad Faiz yang mengalami luka di bahagian telinga kanan, dahi dan kaki kiri, meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat.
Beliau menasihatkan orang ramai yang ingin memancing memastikan keadaan laut tidak bergelora.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan