Oleh Zainudin Maidin
Semua maklum berita Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan membuat aduan polis supaya tindakan diambil terhadap Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya SPRM, Tan Sri Abu Kasim dan Bekas Peguam Negara, Abdul Gani Patail telah tidak tersiar di semua akhbar perdana kawalan pemerintah.
Ketiga-tiga tokoh profesional negara yang sangat di hormati rakyat
telah dihina oleh Khairul atau Pemuda UMNO dengan tuduhan berkonspirasi
dengan agensi asing untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib. Tuduhan ini sangat berat yang mencalar nama baik mereka itu.
Penyiaran tidak berlaku mungkin atas arahan kerana disedari bahawa
mereka itu bukan berkonspirasi tetapi menjalankan tanggungjawab mereka
kepada agensi-agensi dunia yang bertanggungjawab diatas keselamatan
perjalanan kewangan antarabangsa.
Apa yang dilakukan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO itu adalah suatu lagi
usaha untuk menolak polis ke tembok dengan keyakinan sebagai parti
pemerintah, mereka boleh buat apa sahaja untuk membantu Datuk Seri Najib
termasuk melakukan fitnah.
Dari awal lagi Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin tidak bersekongkol
dengan tindakan ini kerana mungkin beliau tidak mahu terlihat bodoh, ignorance
tentang udang-undang, kebudak- budakan, tetapi kepada umum khususnya
kepada parti jelas Khairy tidak dapat mengawal ahli jawatankuasanya,
tidak dapat mencegah pemuda UMNO dari bertindak liar yang boleh
menjatuhkan integriti parti.
Adakah beliau mempunyai daya kepimpinan untuk terus memimpin Pemuda
UMNO atau Pemuda UMNO memerlukan seorang yang berani, tegas dan
mempunyai kebijaksanaan politik untuk memimpin mereka?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan