P Gunasegaram
ULASAN - Berikut adalah ringkasan
artikel berjudul ‘10 ways to get Najib to go’ atau sepuluh cara bagi
memastikan Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai perdana menteri.
Dapatkan ahli-ahli Umno untuk menunjukkan rasa tidak senang mereka.
Umno mempunyai berjuta-juta ahli. Bukan semua yang merestui rasuah
dan penyelewengan berbilion ringgit dari 1MDN. Mereka ini mesti
meluahkan perasaan mereka secara terbuka berhubung kehilangan berbilion
ringgit agar pemimpin Umno, ketua cawangan dan ketua bahagian menyedari
bahawa sokongan terhadap Najib sudah terhakis di kalangan ahli-ahli
parti.
Lobi pemimpin Umno mempamerkan kuasa mereka.
Ahli Umno yang berpengaruh harus mengketepikan cita-cita mereka dan
berjuang untuk kepentingan negara serta menuntut pemimpin kanan Umno
secara terbuka menunjukkan bahawa mereka bukan taksub kepada Najib.
Adalah memalukan bahawa Umno sebagai parti yang berbangga menjadi
penjaga kepentingan orang Melayu dan negara tergamak membiarkan
berbilion-bilion wang negara disamun dan membiarkannya serta secara
terbuka dan aktif mempertahankan Najib.
Parti komponen BN perlu membuat suara mereka didengar.
Sudah sampai masa supaya rakan-rakan komponen BN di Semenanjung dan
di Sabah dan Sarawak meluahkan rasa jijik kebanyakan penyokong mereka
berhubung Umno yang terpalit dengan 1MDB. Ini walaupun bermakna bahawa
mereka perlu meninggalkan gabungan itu.
Dapatkan pembangkang bersama-sama dalam isu ini.
Rakyat Malaysia yang mempunyai pengaruh di kalangan pembangkang harus
menasihati parti mereka untuk bersama-sama memaksa perubahan dalam
kepimpinan, jika tidak sekarang maka dalam pilihan raya.
Satu-satunya
cara pembangkang boleh menang adalah untuk mempunyai barisan yang
bersatu termasuk PAS. Tumpukan hanya kepada agenda bersama dan ketepikan
isu-isu yang membawa keretakan.
Sokong perhimpunan awam mendesak Najib berundur.
Terdapat pebagai pergerakan yang menuntut Najib untuk meletak
jawatan. Sokong mereka, termasuk Deklarasi Rakyat yang kini mempunyai
lebih satu juta tandatangan.
Sertai perhimpunan aman bagi menggesa penyingkiran Najib.
Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk berhumpun secara tertib dan
aman. Jika BERSIH 5 menganjurkan perhimpunan, sertainya dan turun ke
jalanan.
Tolak menerbitkan berita tidak benar mengenai 1MDB.
Bagi mereka yang bekerja di media arus perdana, mungkin mereka tiada
pilihan tetapi untuk menyokong kerajaan yang memerintah, tetapi
sekurang-kurangnya mereka boleh melakukan sesuatu dengan tidak
menerbitkan sesuatu laporan yang tidak benar mengenai 1MDB. Tiada orang
yang berhak mengarahkan kamu menerbit atau menulis berita palsu.
Nyatakan rasa tidak puas hati anda.
Kita mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat dan kita harus
menyatakannya, terutama jika kita boleh menyokong kenyataan-kenyataan
itu dengan fakta dan hujah yang bernas.
Beri tekanan kepada SPRM dan polis untuk menyiasat.
Cukuplah untuk semua bukan hanya di Malaysia tetapi di dunia melihat
rompakan terbesar yang berlaku di depan mata kita. Kita mesti memberi
tekanan kepada mereka yang bertanggungjawab untuk menyiasatnya dan
menguatkuasakan keadilan. Kita perlu mengingatkan mereka bahawa sejarah
akan menghukum jika mereka tidak melakukan sesuatu.
Jika semua gagal, singkirkan BN pada pilihan raya akan datang.
Pada pilihan raya umum lalu, 51 peratus daripada pengundi memilih
pembangkang. Jumlah itu mungkin meningkat dengan isu 1MDB, dengan syarat
pembangkang dapat bekerjasama. Jadi jangan memandang rendah kuasa yang
ada di tangan anda untuk melakukan perubahaan. Ini adalah kuasa mutlak
rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan