Oleh Shuhaniza Said & Wan Anis Ilyani Wan Mohamed Azhar
PENGKALAN CHEPA: Selepas Dewan Muslimat PAS meluluskan usul mendesak
PAS Pusat mengkaji semula hubungan tahaluf siyasi bersama PKR, Ketua
Penerangannya, Nasruddin Hasan berkata ia akan dibawa ke peringkat
Majlis Syura ulama untuk dikaji dan dinilai.
"Usul tersebut daripada PAS kawasan Pontian, Balik Pulau, Kuala Kedah dan Muslimat PAS Malaysia.
"Usul tersebut meminta tahaluf siyasi antara PAS dan PKR dinilai semua
atas beberapa perkara berbangkit apakah masih ada keuntungan kepada
Islam yang diperjuangkan oleh PAS atau sebaliknya," katanya ketika
menyampaikan taklimat usul pada Muktamar Tahunan PAS ke-62 hari ini.
Ujarnya, Majlis Syura Ulama akan membuat keputusan sama ada mahu
meneruskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR ataupun sebaliknya.
Dalam pada itu katanya, terdapat juga beberapa usul yang ditolak kerana
beberapa sebab, sama ada tidak menepati format ataupun berulang.
"Ada usul berbentuk cadangan dan kita akan teliti cadangan tersebut tanpa dibahas.
"Ada usul yang diterima tanpa bahas dan diterima dengan dibahas," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan