Rabu, 22 Jun 2016

Seorang ditahan, kes tembak di Batu Caves

FREE MALAYSIA TODAY

 

Polis telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian dan percaya ada maklumat penting diperoleh berkaitan kejadian itu


Ali-Ahmad_shoot_handcuff_60011


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan reman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes dua lelaki cedera ditembak di Batu Caves dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata lelaki tempatan berumur 31 tahun itu ditahan di Selayang kira-kira 6 petang semalam.

“Polis telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian dan percaya ada maklumat penting diperoleh berkaitan kejadian itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ali berkata kedua-dua mangsa berusia 30 dan 34 tahun itu dirawat di Hospital Selayang dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Mangsa cedera di pipi dan kepala akibat ditembak dari jarak dekat di persimpangan jalan besar Sunway Batu Caves.– Bernama

Tiada ulasan: