Selasa, 7 Jun 2016

Rafizi jawab kenapa lapor kes S'gor, tak lapor Mara Inc



Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menjelaskan mengenai tindakannya membuat laporan mengenai dakwaan rasuah dalam kerajaan negeri Selangor, tetapi tidak berbuat sedemikian dalam tuduhan salah guna kuasa Mara Inc.

Beliau memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dalam kes Selangor, PKR memutuskan ia mesti dihadapkan ke tahap kebertanggung jawaban lebih tinggi berbanding skandal lain yang beliau dedahkan sebelum ini.

Justeru, beliau telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 30 Mei.

Dalam pada itu, dakwaan salah guna kuasa dalam hal pembelian hartanah Mara Inc di Australia, Rafizi memberitahu mahkamah bahawa pihak berkuasa telah bertindak pantas mengenai perkara itu.

Antara lain, kata beliau, Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya telah menggantung jawatan beberapa pegawai Mara Inc selain mengambil langkah-langkah bagi membantu siasatan.

"Oleh itu, dalam kes ini, tidak ada laporan yang dibuat kerana tindakan diambil secara berpetingkat oleh pihak berkuasa, " kata ahli parlimen Pandan itu kepada mahkamah.

Rafizi berkata demikian dalam keterangan pemeriksaan balas oleh peguam, M Reza Hassan dalam kes saman fitnah terhadapnya oleh Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun.

Kes itu dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Yang Arif S Nantha Balan.

Tiada ulasan: