Oleh Shuhaniza Said
KUALA KANGSAR: Calon PRK Kuala Kangsar Prof Dr Ahmad Termizi Ramli
daripada Parti Amanah Negara (PAN) berkata beliau tiada minat menjadi
wakil rakyat dan selesa hidup dengan pencen daripada kerajaan.
"Saya tak ada kepentingan dari segi kehidupan untuk menjadi wakil
rakyat, kerana Alhamdulillah sebagai profesor, pencen saya dah cukup,”
katanya.
Persetujuannya untuk bertanding di Kuala Kangsar kata Ahmad Termizi,
adalah cuma untuk “membayar kembali wang-wang membiayai saya dari poket
tuan-tuan,” katanya kepada dalam ceramah dengan pengundi Cina di Taman
Jerlun malam tadi.
Calon PAN itu nampak marah kerana di label sebagai kuda tunggangan DAP
untuk mencantas PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.
“Saya sebagai khadam kepada rakyat Malaysia.Jadi beritahu kepada sahabat-sahabat di sana saya bukan khadam DAP,” kata beliau.
Pimpinan PAS menyifatkan PAN sebagai 'parti pengacau', yang bersedia
menyokong apa juga tindakan DAP walaupun menggelarnya dirinya juga
sebagai parti bertunjangkan islam.
Pada PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar, PAN meletakkan harapan
semata-mata kepada DAP untuk meraih undi Cina bagi mencatat sokongan
lebih tinggi daripada calon PAS.
Naib Presiden PAN, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang turut berucap malam
tadi, memperlekeh PAS apabila menyifatkan pertarungan PRK berkenaan
hanya saingan antara Pakatan Harapan dan Berisan Nasional.
"Ini (Kuala Kangsar) bukan empat penjuru.. PRK Kuala Kangsar dan Sungai
Besar hanya dua penjuru, dua pilihan saja iaitu sama ada anda undi BN
ataupun Pakatan Harapan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan