JOHOR BAHRU: Harimau Malaysia tidak berdepan tugas sukar untuk
menewaskan Timor Leste 3-0 sekali gus memastikan skuad kebangsaan
menempah tiket ke saingan peringkat kumpulan pusingan kelayakan ketiga
Piala Asia 2019.
Kemenangan dalam aksi kedua perlawanan playoff di Stadium Tan Sri
Hassan Yunos, Larkin malam tadi menyaksikan skuad kebangsaan mara ke
peringkat kelayakan terakhir Piala Asia dengan agregat 6-0.
Gol pertama Malaysia diperolehi hasil jaringan pemain sayap Melaka
United, Khair Jones yang membuat penampilan pertamanya bersama Harimau
Malaysia.
Gerakan yang diilhamkan oleh S. Kunanlan dari sayap kanan dengan
melakukan hantaran kepada Ahmad Hazwan Bakri sebelum menolak kepada
Khair yang melepaskan rembatan menerjah jaring gawang lawan pada minit
ke-15.
Malaysia menambah jaringan pada babak kedua perlawanan menerusi Ahmad
Hazwan yang menanduk masuk hantaran Mohd. Azrif Nasrulhaq dari sayap
kanan pada minit ke-57.
S. Chanturu yang dibawa masuk menggantikan Khair pada awal babak kedua
menambah derita Timor Leste apabila meledak gol ketiga setelah
menyempurnakan hantaran silang rakan sepasukan di Johor Darul Ta'zim
(JDT), Kunanlan yang gagal diselamatkan penjaga gawang Ramos Sauzinho
pada minit ke-68.
Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee dijangka akan bersaing di peringkat kelayakan seterusnya pada 28 Mac tahun depan.
Selain pasukan tuan rumah, Emeriyah Arab Bersatu (UAE), pasukan yang
layak ke Piala Asia 2019 ialah Qatar, Korea Selatan, Jepun, Iran, Iraq,
Syria, Australia, Uzbekistan, Arab Saudi, China dan wakil tunggal Asia
Tenggara, Thailand.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan