Isnin, 20 Jun 2016

Pemuda yakin kuda terlepas itu “Michael”

 
Wan Hanif berkata, abangnya membeli kuda bernama "Michael" itu pada harga RM4,000 kira-kira setahun lalu.


kuda-2


PETALING JAYA: “Saya yakin itu Michael,” dakwa seorang pemuda yang percaya kuda dikesan berlari di tengah-tengah jalan raya di Kota Bharu semalam adalah haiwan peliharaan keluarganya yang hilang sejak minggu lalu.

Sehubungan itu, penjawat awam yang bekerja di Kuala Lumpur, Wan Hanif Wan Mohd Noor, 25, merayu orang ramai yang tahu kedudukan atau terjumpa kuda itu supaya menghubunginya di talian 013-3918528 atau abangnya, 019-9078283.

Harian Metro memetik Wan Hanif sebagai berkata, abangnya Wan Mohd Eddie Sham, 39, membeli kuda bernama “Michael” itu pada harga RM4,000 kira-kira setahun lalu.

Bagaimanapun, bapanya Wan Mohd Noor Wan Ahmad, 68, mendapati Michael hilang dari kandang di Gertak Kecupu, Binjai pada jam 4 pagi Khamis lalu.

Wan Hanif segera meminta bantuan rakan dan saudara mara untuk mencari Michael menerusi aplikasi WhatsApp.

Beliau percaya Micheal telah berlari sejauh 10 kilometer dari rumahnya ke Kubang Kerian dan kini mereka tidak tahu di mana ia berada.

Semalam, seorang pengguna Facebook, Adli Alimin memuat naik dua rakaman video selama 8 saat dan 29 saat ke laman media sosial itu menunjukkan seekor kuda berwarna coklak gelap dilihat berlari di jalan raya tanpa menghiraukan pengguna jalan raya lain.

“Berdasarkan maklumat yang saya terima, ia berlari dari Pasir Pekan di Wakaf Bharu ke Kubang Kerian,” katanya sambil memaklumkan jarak antara dua lokasi itu kira-kira 10km.

Adli dilaporkan berkata, kejadian itu dirakam ketika dalam perjalanan ke pejabatnya kira-kira jam 10 pagi Ahad dan kuda itu berlari pada kelajuan kira-kira 80 km/j selama 45 minit.

Media tidak pasti jika kejadian kuda itu adalah perbuatan yang disengajakan untuk meniru burung unta selebriti, Chickaboo yang berlari di Lebuhraya Persekutuan pada Khamis lalu.


Tiada ulasan: