Ahad, 5 Jun 2016

Pemimpin BN, PAS, PKR, AMANAH mesra di Sungai Besar

 
Pemimpin tertinggi PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mustafa Ali duduk semeja bersarapan bersama pemimpin BN.


pemimpim-bermesra


SUNGAI BESAR: Suasana mesra di antara pemimpin parti yang bertanding jelas dapat dilihat sewaktu proses penamaan calon berlangsung di PRK Sungai Besar.

Ia dimulakan apabila pemimpin tertinggi PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mustafa Ali duduk semeja bersarapan bersama pemimpin BN.

Gelak tawa antara pemimpin PAS dan BN seperti Naib Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Pengarah Pilihan Raya Sungai Besar Tan Sri Noh Omar, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor jelas dilihat.

Bukan itu saja, Menteri Besar Selangor Datuk Mohamed Azmin Ali dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga sempat bertemu dan berborak dengan pemimpin PAS dan tidak ketinggalan bersama pemimpin UMNO.

Azmin juga sempat mengucapkan tahniah kepada Noh kerana dianugerahkan gelaran ‘Tan Sri’ semalam.

Bagaimanapun, suasana serupa antara PAS dan pemimpin AMANAH tidak dapat dilihat.

“Sehingga ini, tidak ada lagi pemimpin AMANAH yang bertemu dengan saya,” kata Tuan Ibrahim.

Tiada ulasan: