Rundingan dengan BN dilakukan kerana usul tersebut perlu dibaca oleh seorang menteri.
PENGKALAN CHEPA: PAS akui parti itu pernah berunding dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi membolehkan usul pindaan Rang Undang-undang Persendirian Akta 355 dibentang di Parlimen.
Malah usaha untuk melaksanakan undang-undang Islam itu tidak sepatutnya dicampuri atau dibantah DAP kerana pendekatan setiap parti pembangkang adalah berbeza.
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, rundingan itu dibuat kerana usul tersebut mesti dibawa oleh seorang menteri terlebih dahulu bagi membolehkannya dibaca di Parlimen.
“Kami hanya berunding dengan kerajaan supaya diizinkan membawa usul dan baca kali pertama.
“Kami hanya berunding, terpulang (kepada pandangan) masing-masing. Kita bukan sahaja parti tetapi dalam pembangkang ada pendekatan masing-masing,” katanya pada sidang media selepas di Muktamar Tahunan PAS ke-62 di Putih hari ini.
Abdul Hadi pada 26 Mei lalu berjaya membentangkan usul tersebut dengan persetujuan Parlimen walau bagaimanapun ditangguhkan sehingga sidang akan datang.
Usul tersebut bertujuan meminda Seksyen 2 bagi menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu mahkamah syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan undang-undang Persekutuan.
Bagaimanapun, ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakan komponen UMNO dalam BN, sehingga menggugut melepaskan jawatan dalam kabinet.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan