shahbudindotcom
Mesej
paling penting dalam pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala
Kangsar pada 18 Jun nanti ialah untuk menghantar mesej penolakan
terhadap kepimpinan Najib Razak.
Kalahnya
BN nanti dalam pilihanraya itu, walaupun mungkin tidak merubah apa-apa
atau Najib boleh saja terus berdegil untuk kekal sebagai Perdana
Menteri, tetapi sekurang-kurangnya harapan rakyat untuk melihat
perubahan dalam PRU 14 semakin ternampak sinarnya.
Kemenangan
BN pula pasti akan menambahkan lagi "kembangnya kepak" Najib untuk
terus memimpin dan menghadapi pilihanraya umum akan datang dengan
keyakinan yang semakin bertambah.
Oleh
yang demikian, pilihan yang ada bagi Pakatan Harapan selain berusaha
sedaya mungkin memastikan kekalahan BN ialah menjadikan Najib sebagai
sasaran utama sepanjang kempen dan ceramah yang akan diadakan.
Pengundi
Sungai Besar dan Kuala Kangsar harus disedarkan mengenai beban yang
terpaksa mereka tanggung selagi Najib tidak berjaya diundurkan dan
bagaimana banyak kemanfaatan dapat dijelmakan sekiranya ketiadaannya
dapat dijadikan kenyataan.
Daripada
kenaikan kos sara hidup, beban GST, peningkatan hutang negara, Perdana
Menteri dan keluarga paling bermewah dan membazir, terpalit dengan
skandal kewangan terbesar dunia, 1MDB yang ditubuhkannya sedang disiasat
oleh sekurang-kurangnya 7 buah negara, duit beribu-ribu juta pernah ada
dalam akaun peribadinya, didedahkan media terpalit dengan penggubahan
wang haram dan sehinggalah kepada pandangan buruk antarabangsa terhadap
Malaysia, semuanya adalah Najib puncanya.
Daripada enam Perdana Menteri yang kita ada setakat ini, Najib ternyata mencipta rekod paling buruk untuk negara.
Tugas
menyedarkan pengundi itu tentulah menjadi tanggungjawab Pakatan Harapan
yang meletakkan calon Amanah di kedua-dua pilihanraya ini, dan bukannya
boleh disandarkan kepada Pas, meskipun kedua-dua berlawan dengan calon
BN juga.
Pakatan
Harapan adalah gabungan pembangkang yang lengkap dan mewakili semua
kaum serta selayaknya menawarkan kerajaan alternatif kepada rakyat. Pas
pula hanya mewakili satu kaum saja dan tidak mungkin mampu membawa
sebarang perubahan.
Lagi
pun, Pas juga awal-awal lagi mengatakan mereka tidak mahu berebut kuasa
dengan BN dan selesa jika dapat menjadi penasihat kerajaan saja.
Dengan itu, calon Amanah sebenarnya menggalas amanah yang cukup besar di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Sementara
Pas dilihat lebih banyak menyerang Amanah dan DAP dengan pelbagai versi
ciptaan dan khayalan mereka sendiri, manakala UMNO hanya berdiam diri,
Pakatan Harapan sebaliknya tidak harus terleka daripada terus mendedah
dan membongkar serta memberi tumpuan sepenuhnya mengenai keburukan Najib
kepada rakyat dan negara.
Sebagaimana
resepi kejayaan BN di Sarawak baru-baru, ada kemungkinan gambar dan
poster Najib dalam pilihanraya kecil ini tidak sebanyak seperti
dilambakkan dalam pilihanraya umum lalu.
Namun
demikian, sama ada BN meletakkan gambar Najib atau tidak, menjual
rekaan sisi baik Najib atau sebaliknya, fokus Pakatan Harapan tidak
harus tersasar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan