Khamis, 2 Jun 2016

Menantu Zahid Hamidi meninggal dunia

Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid


SHAH ALAM - Menantu kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi,meninggal dunia malam tadi.

Memetik laporan Mstar, suami kepada Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid itu dikatakan meninggal dunia akibat kehilangan oksigen.

Jenazah kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Nurulhidayah turut memuat naik gambar hitam putih beliau bersama Allahyarham suaminya itu di laman Instagram bagi memaklumkan mengenai berita sedih berkenaan.


Tiada ulasan: