Ia dijumpai di kawasan sama beberapa barangan peribadi dijumpai sebelum ini, kemungkinan berasal dari pesawat malang itu
PETALING JAYA: Seorang warga Amerika Syarikat yang giat dalam pencarian penerbangan MH370 berkata beliau menemui beberapa barangan peribadi termasuk beg dipercayai ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak Mac 2014 itu.
NBC News melaporkan Blaine Gibson, 56 dari Seattle, AS membuat penemuan itu di pantai sepanjang 17km di pulau Nosy Boraha, Madagascar, kawasan sama beberapa barangan dipercayai dari penerbangan malang itu dijumpai awal bulan ini.
Antara barangan itu termasuk sebuah sarung kamera, bagasi dan beberapa beg lain.
Penyiasat AS, Malaysia dan Australia mengandaikan ia mungkin “horizontal stabiliser” dari pesawat Boeing 777, bagaimanapun ia belum disahkan milik MH370.
Pada Julai tahun lalu, Malaysia mengesahkan bahagian sayap atau flaperon yang ditemui di Pulau Reunion, Madagascar berasal dari MH370.
Pesawat MH370 hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal sewaktu dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan