Isnin, 20 Jun 2016

Kes cerai babitkan skandal bekas tokoh politik ditangguh

MALAYSIAKINI


Mahkamah Keluarga Kuala Lumpur menangguhkan prosiding perceraian antara bekas timbalan pendakwa raya dan isterinya berhubung hubungan sulit perempuan itu dengan seorang bekas tokoh politik ternama negara.

Kes yang membabitkan Stanley Clement Augustin dan Nika Gee Siew Yee itu dijadualkan untuk pendengaran hari ini.

Bagaimanapun, NST Online melaporkan bahawa kes itu telah dikosongkan seperti yang didedahkan oleh senarai kausa (senarai kes) di luar mahkamah, pagi ini.

Laporan itu juga menyatakan bahawa tiada tarikh sah telah ditetapkan untuk pengurusan kes seterusnya di hadapan Hakim, Datuk Siti Mariah Ahmad dan berdasarkan senarai tersebut, Gee tidak diwakili oleh mana-mana peguam buat masa ini.

Sementara itu, Augustin diwakili oleh Tetuan Maha & Peri.

Penulis blog, Raja Petra Kamaruddin menyiarkan dakwaan berkanun (SD) oleh Augustin yang mengaitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kes itu.

Tiada ulasan: