Ahad, 5 Jun 2016

Jangan terpengaruh dengan dakyah DAP mengenai hudud

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
KOTA BHARU: Orang ramai diminta supaya tidak terpengaruh dengan DAP yang membantah pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 di Dewan Rakyat baru-baru ini.
 
Tegas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, sekiranya perkara itu berlaku ia boleh menganggu-gugat keharmonian negara. 
 
“Saya nasihatkan rakyat supaya jangan mudah melatah atau percaya apa yang DAP laungkan kerana ia boleh cetuskan ketidakstabilan dalam negara,” katanya selepas melancarkan Program Pelancaran Skuad Taawun dan Ihya Ramadan Peringkat Negeri Kelantan di Dewan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Tumboh di sini, semalam.
 
Beliau juga mengulangi kenyataannya RUU berkenaan hanya melibatkan pemerkasaan Mahkamah Syariah dan bukannya tentang hudud.
 
Pada 26 Mei lepas, Presiden PAS Abdul Hadi membentangkan RUU Persendirian bagi meminda Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
 
Mengulas mengenai parti komponen BN terutamanya di Kelantan, Asyraf Wajdi berkata Badan Perhubungan UMNO Kelantan akan memberi taklimat kepada wakil parti komponen berkenaan dalam masa terdekat.
 
 

Tiada ulasan: