Ahad, 5 Jun 2016

Ahmad Bashah rebah, dimasukkan ke ICU

Ahmad Bashah Md Hanipah
Ahmad Bashah Md Hanipah


ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah rebah ketika menghadiri mesyuarat jentera parti di Hotel Grand Alora, lewat petang tadi.

Sumber berkata, Ahmad Bashah dikejarkan ke Pusat Perubatan Kedah (KMC) sejurus pengsan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sekitar 7.30 malam.

Difahamkan, beliau sepatutnya mempengerusikan mesyuarat jentera Umno Kedah yang akan dihantar membantu kempen PRK Kuala Kangsar yang dijadual berlangsung pada 7.00 malam.

Tiada ulasan: