Wei Hoong
B erbekalkan semangat kemenangan besar BN dalam pilihan raya Sarawak
serta pilihan raya kecil berkembar baru-baru ini, Presiden Gerakan,
Datuk Mah Siew Keong meramalkan pilihan raya umum ke-14 akan diadakan
pada tahun 2017.
Ramalan itu, katanya, bersandarkan kepada momentum sokongan rakyat terhadap BN yang telah meningkat.
"Sokongan rakyat telah meningkat. Jadi, adalah bermanfaat untuk mengadakannya lebih awal (pilihan raya)...
"Saya rasa pilihan raya akan diadakan tahun depan. Saya tidak fikir
ia akan diadakan pada 2018," kata menteri di jabatan perdana menteri itu
pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu
pemberita bahawa pilihan raya umum ke-14 akan diadakan selepas sambutan
Aidilfitri.
Walau bagaimanapun, Najib berkata, beliau tidak tahu sambutan Hari Raya pada tahun bila yang dirujuknya.
"Saya hanya boleh berkata pilihan raya umum akan diadakan selepas
Aidilfitri. Tetapi Hari Raya tahun bila, saya tidak tahu," katanya yang
dipetik akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau.
Bagaimanapun, Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Menteri
Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menyifatkan
Barisan Nasional (BN) belum lagi bersedia untuk pilihan raya umum (PRU).
"Kami agak gembira (dengan keputusan pilihan raya negeri Sarawak dan
pilihan raya kecil berkembar) tetapi kita begitu selesa lagi.
"Saya tidak fikir sudah tiba masa untuk mengadakan PRU lagi. Saya rasa kita perlu menunggu untuk 2018," katanya.
Terdahulu, bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam mengatakan
beliau akan mengadakan pilihan raya umum tahun depan jika dia adalah
Perdana Menteri, berikutan kemenangan besar BN dalam pilihan raya kecil
berkembar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan