Selasa, 7 Jun 2016

DAP, PAN, Azizah boikot pelan Azmin rampas Sg Besar - Shahrir Samad

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) tidak mengendahkan pelan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali, untuk merampas kerusi Parlimen Sungai Besar, dedah Pengerusi Majlis Anggota Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
 
Lebih malang, Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut bertindak menyokong DAP dan PAN malah mengabaikan strategi politik yang dirangka Azmin bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Azmin sebelum Pakatan Harapan mengumumkan calon yang akan dipertanggungjawabkan merampas kerusi Kuala Kangsar, giat melakukan rundingan dengan PAS bagi membolehkan hanya pertandingan satu lawan satu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.
 
“Azmin tentu melihat PKR boleh menyaingi calon BN. Dengan jentera kerajaan negeri dan disokong sekutu dari DAP, PAN (AMANAH) serta PAS, beliau percaya PKR boleh bertembung satu lawan satu dengan BN,” beliau dipetik sebagai berkata oleh portal BNBBC. 
 
“Aneh dan pelik juga apabila Wan Azizah sebagai ketua pembangkang dan presiden parti langsung tiada pemikiran strategik berbanding Azmin dalam menentukan parti mana patut bertanding,” tegas Ahli Parlimen Johor Bahru itu.
 
“Saya rasa Azmin pasti kecewa dengan situasi ini selain tekanan daripada DAP, PAS serta kumpulan penyokong Wan Azizah dari dalam PKR sendiri,” ujar Shahrir.
 
Shahrir juga berkata ia mungkin menjadi lebih baik jika Azmin menyatukan kumpulannya dengan Mahathir, memandangkan sokongan kuat untuk Deklarasi Rakyat.
 
Kerusi Sungai Besar akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN, Budiman Mohd Zohdi yang akan menentang 'Dr Abdul Rani Osman daripada PAS dan Azhar Abdul Shukur daripada PAN.
 
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sarawak. 
 
Pada pilihan raya umum lepas, Noriah mengalahkan lawannya daripada PAS dengan hanya 399 undi.
 
 

Tiada ulasan: