Seorang pengguna kelihatan terkejut apabila ketika
perkhidmatan Uber yang menjemputnya dipandu oleh seorang bekas menteri
dan tokoh korporat Tan Sri Wahid Omar.
Pengalaman itu diabadikan beliau dengan mengambil gambar selfie di dalam kereta sambil tersenyum dan dikongsi di media sosial.
"Guna Uber untuk ke pejabat oleh tokoh korporat dan ekonomi yang mungkin paling berjaya dengan kereta Perdana barunya.
“Rating lima bintang untuk YB Senator Datuk Seri!" tulisnya.
“Rating lima bintang untuk YB Senator Datuk Seri!" tulisnya.
Tulisan itu dirakam oleh Pengarah Kanan Unit Peneraju
Agenda Bumiputera (TERAJU) di Jabatan Perdana Menteri Norizan Sharif dan
diketengahkan kembali di Facebook beliau.
Norizan, yang sempat berbuka puasa dengan Wahid semalam
berkata, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memberitahunya
mendapat lapan penumpang semalam.
"Saya cuba memahami denyut nadi rakyat," kata beliau, menurut Norizan.
Norizan juga berkata Wahid berasal dari keluarga susah
dan beliau menjadi pemandu Uber selama tiga hari sebelum menunaikan
umrah di tanah suci.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan