KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberi amaran
mana-mana ahli parti yang melanggar peraturan tidak terkecuali daripada
dikenakan tindakan disiplin termasuk dipecat.
Katanya, MCA tidak akan berkompromi dengan salah laku ahli yang
melanggar disiplin parti berikutan ia asas kukuh sesebuah parti.
"Dalam kes pemecatan Tan Seri Muhyiddin (Yassin) dan Datuk Seri Mukhriz
(Mahathir), MCA menghormati keputusan parti dan kepimpinan tertinggi
Umno kerana memang tidak pernah mencampuri hal ehwal parti komponen.
"Kita menghormati keputusan ini tapi sedia maklum dalam mana-mana
parti, disiplin parti amat penting. Perlu ada disiplin dan untuk
kukuhkan parti," katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis
Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Koperasi Petani Muda
Malaysia Berhad (KPMM), di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan