Rabu, 17 Februari 2016

Zamihan ugut letak jawatan jika tiada reaksi positif daripada Zahid

ANTARAPOS.COM


Post Pic


KUALA LUMPUR: Belum sempat bersemuka dengan mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin, kedudukan Zamihan Mat Zin sebagai pegawai agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah pun terjejas.
Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia baru saja menerima notis pertukaran ke bahagian sumber manusia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan diminta melapor diri Khamis ini.
 
“Jakim sudah keluarkan surat kepada saya, arah bertukar 24 jam ke bahagian sumber manusia.
 
“Bahagian itu tidak ada apa. Tidak ada kerusi dan meja. Yang ada, budak-budak kerani saja. Mereka hendak bekukan saya sebenarnya.
 
“Debat malam 17 Februari. Esok pagi saya kena tukar. Maknanya mereka sudah susun rancangan,” katanya dipetik Malay Mail Online.
 
Zamihan berkata buat masa ini beliau menunggu pandangan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung pertukarannya ke Jakim.
 
Pegawai agama itu, yang terlibat dalam menentang ekstremisme agama, jika Zahid tidak memberikan respon positif, beliau sedia berhenti sebagai penjawat awam.
 
“Kalau beliau tidak respons, saya angkat kaki, saya berhenti sebagai penjawat awam. Saya buat kerja saya sendiri.
 
“KDN menyokong saya kuat sebab saya banyak buat pemulihan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), pengedaran dadah, pengganas, melawan militan Islam (IS), Syiah dan banyak lagi.
 
“KDN pun terhutang budi dengan saya. Saya boleh kata begitu,” katanya
 
 

Tiada ulasan: