Jumaat, 12 Februari 2016

Kerajaan ‘kacau’ SPRM antara punca persepsi rasuah negara merosot

 
1MDB dan derma politik RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri turut pengaruhi skor Malaysia dalam CPI 2015. 


akhbar-satar_1mdb_sprm_600


KUALA LUMPUR: ‘Gangguan’ kerajaan terhadap institusi dan agensi penguatkuasaan antara punca skor dan kedudukan negara merosot dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2015

Antaranya ialah penukaran Peguam Negara dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman dan pemindahan pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Selain itu, kontroversi berhubung hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu derma politik RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri turut banyak mempengaruhi skor Malaysia dalam CPI 2015

Presiden Transparency International- Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Sattar, berkata, semua isu itu dinilai oleh badan penyelidik tempatan dan luar negara untuk merumuskan skor Malaysia dalam CPI 2015.

“Hasil tinjauan mendapati kontroversi terbabit sudah menjejaskan kredibiliti kerajaan dan mempengaruhi sentimen pelabur dalam membuat keputusan untuk melabur di negara ini.

“Perkembangan ini menjadikan kredibiliti kerajaan terjejas dan nama baik negara tercalar,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama FMT, di sini, hari ini.

Akhbar berkata, skor dan kedudukan Malaysia dalam CPI sangat mempengaruhi sentimen pelabur untuk membuat keputusan melabur di negara ini.

Ranking Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah 2015 menurun daripada tangga ke-50 pada tahun 2014 kepada tangga ke-54 pada 2015, manakala skor CPI juga menurun daripada 52 mata sebelumnya kepada 50

Tiada ulasan: