Khamis, 18 Februari 2016

Kabel TNB terbakar, bekalan terputus sekitar PJ Trade Centre

MALAYSIAKINI




Empat bangunan sekitar kawasan PJ Trade Centre, Petaling Jaya terputus bekalan elektrik selepas kabel sepanjang 67 meter milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) terbakar petang semalam.

Jurucakap TNB ketika dihubungi Bernama malam tadi berkata, kebakaran kabel itu berlaku di basemen salah sebuah bangunan terbabit dan punca kejadian masih disiasat.

Sementara itu, jurucakap Bomba dan Penyelamat Damansara Seksyen 7 berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 4.16 petang.

Katanya, seramai 11 anggota dan pegawai bergegas ke lokasi kejadian dan tiba sembilan minit kemudian.

"Setibanya di lokasi, api sedang marak dan berjaya dikawal 10 minit selepas itu," katanya sambil menambah tiada kemalangan jiwa dilaporkan.- Bernama


Tiada ulasan: