BERNAMA
Proton akan menghubungi
pemilik tiga model kenderaan itu, dengan keutamaan diberikan kepada
kereta dengan perbatuan 40,000km dan ke atas. - Foto arkib TRP/ Daniel
Chan
SHAH ALAM, Proton Holdings Bhd akan memanggil balik hampir 100,000 unit model Exora, Preve dan Suprima untuk membaiki hos penyejuk minyak CFE, mulai hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul
Harith Abdullah berkata, model-model terbabit menghadapi masalah hos
penyejuk minyak yang akan pecah, selepas kereta mencapai perbatuan
purata sebanyak 40,000 kilometer (km), disebabkan degradasi bahan hos
tersebut.
“Kami akan menghubungi para pemilik dan
keutamaan akan diberikan kepada kereta dengan perbatuan 40,000km dan ke
atas. Kami berharap masalah ini akan selesai dalam tempoh enam bulan
akan datang,” katanya pada majlis pratonton Proton Perdana yang baru,
hari ini.
Turut hadir ialah Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau turut mengumumkan, tempahan telah
dibuka untuk model Perdana baru yang dijangka dilancarkan pada suku
pertama tahun ini dan berharga RM100,000 hingga RM150,000.
Kos pembangunan untuk model itu juga agak rendah, iaitu kira-kira RM200 juta, berikutan penggunaan platform sedia ada.
Jelasnya, model baru itu diharap dapat
membantu pengeluar kereta nasional itu mencapai sasaran jualan 2016
antara 100,000 hingga 150,000 unit.
“Dengan Perdana baru yang akan datang ini
(kepada pasaran), bersama model-model lain dalam perancangan (yang akan
dilancarkan tahun ini), kami percaya, kami boleh mencapai sasaran
jualan kami pada tahun ini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan