SM AMIN
Dyana Sofya Mohd Daud - Foto TRP/Mokhsin Zamani
KUALA LUMPUR, Perwakilan Mahasiswa, Farhan Khairuddin
mengakui sukar untuk mengembalikan kepercayaan mahasiswa kepada Barisan
Nasional dan Umno kerana kekurangan ikon dalam parti itu.
Kata Farhan, orang muda kini tidak mahu
lagi mendengar apa yang diperkatakan oleh menteri, senator mahupun guru
tetapi mereka mahu mendengar apa ikon orang muda bercakap.
“Saya sedih, apabila kita melihat di
peringkat mahasisiwa lahirnya ikon-ikon muda politik di peringkat
mahasiswa dan di pihak pembangkang.
“Dyana
Sofya bercakap pun tak boleh, masuk DAP…. tudiaaa bak hang! Jadi orang
hebat. Sama juga Fahmi Zainol, masuk PKR diangkat bagai Tuhan, bagai
seorang pejuang mahasiswa.
“Sedangkan dialah orang yang selama ini
menjadi gunting dalam lipatan kepada mahasiswa dan menjadi kuda trojan
tunggangan parti pembangkang yang berlaku pada hari ini,” katanya ketika
membahaskan ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno 2015 di
sini.
Jelasnya, masalah yang dihadapi oleh Umno
adalah tiada fokus dalam pemerkasaan program-program pengkaderan di
mana pelaksanaannya perlu ditambah baik seperti Institut Kajian Dasar
(IKD) dahulu.
Malah, ikon-ikon yang boleh diketengah oleh Barisan Nasional dan Umno tidak diangkat ke tahap yang sepatutnya.
“Dan ini adalah perkara yang kita perlu
lihat secara fokus, kalau kita lihat hari ini berapa banyak ikon-ikon
muda dalam Umno dan Barisan Nasional yang kita bazirkan.
“Kalau dulu, bukan saya nak bangga dengan
apa yang IKD ada, tapi di peringkat kita, kita perlu ada sesuatu
seperti itu. Saya nak tengok lebih ramai lagi ikon muda seperti (Ketua
Pemuda Umno) Khairy Jamaluddin.
“Siapa yang tahu baru-baru ini MANTAP di
bawah kelolaan Datuk Razali Ibrahim boleh debat dengan pembangkang,
tumbang pembangkang! Kenapa kita tak angkat? Kenapa kita tidak
dendangkan mereka?” soalnya.
Tambah Farhan, kemenangan besar yang
diperolehi Aspirasi dalam pemilihan kampus baru-baru ini tidak bermakna
sekongan mahasiswa terhadap Umno dan kerajaan meningkat.
“Jujur saya katakan tanpa berdolak dalik,
walaupun kita menang di 20 IPT, Aspirasi menang, itu tidak membuktikan
kepercayaan kepada Umno dan kerajaan itu makin meningkat. Ini perlu kita
sedar!
“Mahaisiswa kini adalah mahasiswa yang
menilai secara intelektual, politik idea, dan kita kena bermain dengan
politik idea. Mahasiswa hari ini politik di kampus ialah politik ikon,
siapa yang jadi ikon kita akan ikut ikon itu,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan