Ahad, 20 Disember 2015

TMJ tidak iktiraf pemilihan anugerah bola sepak

Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Tunku Ismail Sultan Ibrahim

PENAUNG Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak mengiktiraf pemilihan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015, walaupun lapan daripada 17 kategori dimenangi Johor Darul Ta'zim (JDT).

Tunku Ismail membuat kenyataan itu sebagai menjawab soalan yang dikemukakan oleh wartawan laman sosial berkenaan dalam satu temubual.

"Tidak. Semasa saya dimaklumkan pihak FAM berkenaan pencalonan, saya tertawa sendiri," katanya menerusi temubual yang disiarkan di laman sosial akaun Facebook, Johor Southern Tigers (JST) hari ini.

Bagaimanapun Tunku Ismail mengucapkan tahniah kepada pemenang anugerah berkenaan.

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015 dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan diadakan di Petaling Jaya malam tadi.


Tiada ulasan: