Bernama
KUCHING: Parti Keadilan
Rakyat (PKR) pada Ahad mengumumkan kumpulan pertama 15 calon
keutamaannya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak akan
datang.
Naib Presidennya Dr A. Xavier Jayakumar berkata calon-calon itu dipilih daripada sejumlah 45 orang calon tentatif.
Beliau berkata semua calon adalah dari kalangan profesional dan berkelayakan, telah bergerak di peringkat akar umbi untuk membuktikan kemampuan mereka.
Mereka ialah Nurhanim Hanna Dato Mokhsen yang bakal bertanding di Tupong, See Chee How (Batu Lintang), Voon Shiak Ni (Batu Kitang), Abg Zulkifli Abg Engkeh (Lingga), Norina Umoi Utot (Simanggang), Yakub Daud (Saribas), Vernon Aji Kedit (Layar), Ali Biju (Kerian), George Chen (Machan), Abdul Raafidin Majid (Nangka), Abun Sui Angit (Murum), Elia Bit (Marudi), Ronald Engan (Telang Usan), Paul Baya (Mulu) dan Baru Bian (Ba'Kelalan).
"Kami akan mengumumkan kumpulan seterusnya calon dalam masa terdekat,"
kata beliau pada sidang media semasa majlis makan malam dan mesyuarat
PKR di sini.
Naib Presidennya Dr A. Xavier Jayakumar berkata calon-calon itu dipilih daripada sejumlah 45 orang calon tentatif.
Beliau berkata semua calon adalah dari kalangan profesional dan berkelayakan, telah bergerak di peringkat akar umbi untuk membuktikan kemampuan mereka.
Mereka ialah Nurhanim Hanna Dato Mokhsen yang bakal bertanding di Tupong, See Chee How (Batu Lintang), Voon Shiak Ni (Batu Kitang), Abg Zulkifli Abg Engkeh (Lingga), Norina Umoi Utot (Simanggang), Yakub Daud (Saribas), Vernon Aji Kedit (Layar), Ali Biju (Kerian), George Chen (Machan), Abdul Raafidin Majid (Nangka), Abun Sui Angit (Murum), Elia Bit (Marudi), Ronald Engan (Telang Usan), Paul Baya (Mulu) dan Baru Bian (Ba'Kelalan).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan