Ahad, 6 Disember 2015

Penganjur skuasy wanita dunia cuba ugut kerajaan?

MALAYSIAKINI


 


Rupa-rupanya ada cerita lain di sebalik kegagalan kejohanan Skuasy Wanita Dunia 2015 yang sepatutnya diadakan pertengahan bulan ini.

Walaupun pada awalnya penganjur memberikan alasan keselamatan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendedahkan mereka sebenarnya kekurangan dana.

Dalam jawapan yang diberikan kepada kementerian itu, kata Khairy, penganjur menawarkan 'penyelesaian' kepada penundaan kejohanan berkenaan.

Bagaimanapun tawaran berkenaan sebenarnya boleh dilihat seperti peras ugut untuk kerajaan.

Tiada ulasan: