Khamis, 10 Disember 2015

Najib: Jangan terperangkap jerat sistem dua parti

Shakira Buang


 


Meskipun negara mengamalkan demokrasi namun kerajaan Umno - BN tidak sekali-kali akan menerima pelaksanaan sistem dua parti.

Menurut Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sistem dua parti itu hanya akan membahayakan negara.

“Mana boleh? Mana boleh perkara ini kita terima? Bukan atas dasar kita tidak faham pengertian demokrasi, tetapi dari sudut falsafah dan perjuangan Umno itu sendiri yang memartabatkan bangsa dan mempertinggikan syiar Islam.

“Saya ingin bertanya kepada perwakilan dan ahli Umno semua - takkan kita tidak faham akan bahayanya, akibat seruan yang tidak bijaksana itu," kata Najib kepada perwakilan yang memenuhi Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas lanjut, perdana menteri ke enam itu menegaskan beliau tidak akan sekali-kali akan membenarkan mana-mana "individu tertentu" melaksanakan sistem dua parti sekali gus mengingatkan perwakilan agar lebih berwaspada.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini pernah menyatakan sistem demokrasi yang baik adalah apabila wujud sistem dua parti dalam sesebuah negara demokrasi.

Walaupun beberapa tahun lalu beliau menegaskan belum tiba masa yang sesuai untuk melaksanakan sistem dua parti di Malaysia, hujun November lalu beliau membayangkan pendiriannya cenderung ke arah itu.

Menurut Najib, orang Melayu di negara ini perlu berhati-hati dan sentiasa berwaspada.
"Jangan sampai kita tersilap langkah, jangan sampai kita terjun ke dalam perangkap ini," kata beliau.


Tiada ulasan: