Isnin, 7 Disember 2015

Kerajaan tidak pernah naikkan yuran universiti

 
Yuran yang tidak dinaikkan itu adalah bagi menjamin kelangsungan masa depan anak muda untuk mendapatkan pendidikan yang baik


najib_yuran-universiti_600


KUALA LUMPUR: Yuran universiti di Malaysia tidak pernah dinaikkan sejak dari dulu lagi bagi membolehkan rakyat dapat pendidikan yang baik,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, keputusan itu diambil kerana percaya pendidikan amat penting bagi menjamin kelangsungan masa depan anak muda.

“Yang lain boleh naik..tol boleh naik.. yuran universiti tak boleh naik, dari zaman dulu… Dari sebelum saya jadi Menteri Pelajaran sampai hari ini tak naik.

“Yuran universiti tak naik sebab apa?…Sebab nak pastikan (kerajaan) dapat menyediakan kualiti pelajaran dan kemudahan pelajaran yang terbaik, modal insan yang tajam, minda yang tajam dan hati akhlak baik.

“Dan yang penting bagaimana generasi muda mainkan peranan apabila mereka ambil alih kepimpinan negara,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2015 (PEMANAS 3.0) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Ahad.

Pada masa sama, Najib berkata, kerajaan mempunyai rancangan masa depan untuk golongan muda.

Katanya, rancangan itu adalah untuk menyediakan pekerjaan buat mereka dengan pendapatan yang tinggi.
“Kita ada rancangan untuk kamu (generasi muda) dan masa depan anda.

“Dan rancangan itu adalah dengan menyediakan pekerjaan kepada anda,” katanya.

Tiada ulasan: