Selasa, 8 Disember 2015

Kem Muhyiddin mungkin gila kuasa


Tengku Adnan Tengku Mansor
Tengku Adnan Tengku Mansor


KUALA LUMPUR - Keghairahan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengkritik kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat mempunyai agenda tertentu, kata Setiausa Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Beliau berkata, kemungkinan tindakan itu didorong kerana mahukan kuasa mentadbir kerajaan hari ini.

Menurut beliau, tindakan Muhyiddin bersama bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap di khalayak umum dan memburukkan parti sudah melampaui batas.

"Nak kata keras, keraslah, saya sudah kata semalam (Isnin) jangan melampau, saya amat sedih pertanyaan sama diajukan. Akhir sekali nak minta Presiden saya letak jawatan dan nak minta Perdana Menteri letak jawatan.

"Saya pun tak faham apa hasrat mereka barang kali gila kuasa. Semalam itu telah melampaui batas, saya meneliti ucapan beliau dan berita-berita yang disiarkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Adinda Puteri Umno hari ini.

Tengku Adnan sebelum itu ditanya mengenai tindakannya yang sering kali mengeluarkan kenyataan-kenyataan  keras terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Semalam dalam satu Majlis Bersama Timbalan Presiden Umno di Kelab Sultan Sulaiman, di hadapan ribuan penonton dan membangkitkan pelbagai isu mengenai kepimpinan hari ini.

Muhyddin berkata, pihak terpaksa mencari lokasi lain untuk berucp kerana haknya sebagai orang nombor dua Umno telah dinafikan.

Tiada ulasan: