BERNAMA
Pemilik anjing diminta kawal haiwan peliharaan mereka bagi mengelakkan penularan wabak rabies. Foto Fail TRP
KANGAR, Pemilik anjing di Perlis dinasihat mengawal dan memantau haiwan peliharaan mereka agar terhindar daripada penyakit anjing gila atau rabies.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan
Industri Asas Tani Negeri Ahmad Bakri Ali berkata, walaupun penyakit
anjing gila di negeri itu terkawal, namun pemilik anjing masih perlu
berwaspada.
“Perintah Kawalan Penyakit Anjing Gila di
bawah Akta Binatang 1953 masih dikuat kuasa sebagai langkah
berjaga-jaga sejak wabak Rabies di Perlis diwartakan pada 19 Ogos
lepas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ahmad Bakri berkata, pemilik anjing
antaranya perlu memastikan anjing mereka dikurung dalam premis
masing-masing dan tidak dipindahkan ke tempat lain tanpa kebenaran pihak
berkuasa.
Selain itu, pemilik haiwan juga perlu
melaporkan segera jika anjing mereka mati dan membuat suntikan
pencegahan anti-Rabies setiap tahun, katanya.
Katanya,
Jabatan Veterinar negeri melaksanakan pelbagai langkah pencegahan dan
kawalan bagi membendung wabak rabies daripada merebak termasuk
meningkatkan imuniti anjing peliharaan melalui vaksinasi dan mengawal
populasi anjing liar.
Ahmad Bakri berkata, dari 27 Julai hingga
19 November lepas terdapat 56 kes gigitan anjing dilaporkan di seluruh
Perlis dan dari jumlah itu hanya 16 kes disahkan positif penyakit anjing
gila.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan