Ahad, 13 Disember 2015

Helang Merah tewas digenggam Gergasi Merah

 
Selangor muncul juara Piala Malaysia, sekaligus menamatkan kemarau 10 tahun.
 
 
Selangor


PETALING JAYA: Selangor merangkul kejuaraan Piala Malaysia buat kali ke-33 menewaskan juara Liga Perdana, Kedah 2-0 dalam perlawanan final di Stadium Shah Alam, pada Sabtu.

Kemenangan itu sekaligus menamatkan kemarau 10 tahun pasukan Selangor mengejar gelaran juara Piala Malaysia.

Selangor mendahului Kedah 1-0 di separuh masa pertama melalui jaringan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-3 perlawanan.

Selangor kekal di hadapan lawannya sekali lagi melalui jaringan Hazwan di minit ke-47 separuh masa kedua.

Sementara itu, laman sosial Twitter mencicipkan kata-kata jurulatih pasukan Selangor, Mehmet Durakovic sempena kemenangan mereka.

“Sudah 10 tahun untuk Selangor mencapai sasaran ini. Ini adalah detik paling indah untuk saya, keluarga, pemain dan khususnya kejayaan ini adalah hadiah untuk Sultan Selangor sempena ulangtahun keputeraan baginda semalam,” katanya.

Dengan kemenangan ini juga, Dato’ Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan cuti peristiwa pada Isnin susulan kejayaan Selangor menjulang Piala Malaysia.

Tiada ulasan: