Gaji Naik RM1200 Sebulan Bermula 1 Julai 2016. Gaji Minimum Untuk Kakitangan Awam Selepas Ini!

P/S : Apa-apa yang berlaku kepada diri kita semuanya berpunca daripada tindakan diri kita sendiri.
Selepas kerajaan Malaysia mengumumkan
berita kenaikan kadar imbuhan tetap perumahan aka elaun rumah penjawat
awam (ITP) termasuklah kepada kalangan kakitangan awam di Malaysia pada
paras minimum sekurang-kurangnya RM300 manakala kenaikan 25 peratus
daripada kadar asal ITP mereka untuk kakitangan kerajaan yang tinggal di
kuaters, kini kerajaan sudah bersedia untuk melaksanakan gaji naik
kepada paras minimum setinggi sekurang-kurangnya RM1,200 sebulan.
Ini bermakna selepas ini tiada lagi
penjawat awam yang mempunyai gaji serendah RM1,000 apatah lagi RM800
sebulan dalam sektor. semuanya yang diperingkat abawah akan naik bagi
melepasi paras yang telah ditetapkan bermula 1 Januari 2016 ini.
Walaubagaimanapun, besarlah harapan
Berita Semasa agar kenaikan gaji naik ke pada paras gaji minimum yang
baru untuk penjawat awam tidak memberikan kesan kepada lonjakan harga
barang dikalangan peniaga yang mengambil kesempatan.
Kenaikan Gaji Naik Ke Paras RM1,200 Vs Pinjaman Bank Rakyat?
Dan Berita Semasa juga suka ingin nasihatkan, jikalau gaji naik
usahlah menghampiri dan mendekati kakitangan Bank Rakyat untuk pinjaman
peribadi mahupun overlap bank sedia ada untuk mendapat lebihan tunai
untuk perkara yang tidak perlu.
Jikalau tiada keperluan yang mendesak. Tidak usahlah. Beringatlah.
Tahun 2016 adalah tahun yang tidak
menentu bagi Malaysia. Jangan dibazirkan pulangan pendapatan anda untuk
perkara menyeronokkan untuk masa yang singkat sahaja. Dahulukan yang
mana penting. Simpanan sangat penting bagi tahun 2016 ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan