shahbudindotcom
Antara
perkara yang dibangkitkan oleh Muhyiddin Yassin dalam butiran amanatnya
di Kelab Sultan Sulaiman semalam bagi menggantikan ucapan perasmian
Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang tidak dibenarkan
ialah mencadangkan agar Perdana Menteri, Najib Razak bercuti rehat
seketika sementara siasatan mengenainya berkaitan 1MDB dan derma RM2,600
juta diselesaikan.
"Saya
ingin mencadangkan agar Perdana Menteri berehat seketika. Biarlah
siasatan berjalan dengan bebas, telus dan adil serta jangan timbul
persepsi beliau campurtangan dalam siasatan.
"Ambillah
cuti sehingga kes selesai. Jika siasatan mendapati Perdana Menteri
tidak bersalah, baliklah semula dan sambung tugas seperti biasa.
"Dengan
itu, saya percaya nama Perdana Menteri dan imej UMNO dapat
dibersihkan", tegas Timbalan Presiden UMNO itu sambil diiringi tepukan
gemuruh orangramai.
Sebagaimana
yang disebut juga oleh Muhyiddin bahawa cadangan itu bukan ada apa-apa
niat tidak baik terhadap Najib, sesungguhnya sesiapa pun dapat merasakan
ia memang suatu cadangan yang ikhlas demi kebaikan Perdana Menteri,
UMNO dan juga negara.
Terlihat
bahawa Muhyiddin melontarkan cadangan itu terbit daripada pancaran
jiwanya yang mahukan kebaikan serta penyelesaian yang akhirnya dapat
diterima baik oleh semua pihak.
Ini
kerana, walau bagaimana sekali pun cuba dinafi dan disanggah,
hakikatnya selagi Najib masih duduk di kerusi Perdana Menterinya,
keraguan serta kesangsian orangramai terhadap kebebasan, ketelusan,
keadilan dan elemen campurtangan sukar sekali mahu diketepikan.
Dengan
mencadangkan sedemikian, tiada apa-apa yang berubah kepada kedudukan
Muhyiddin. Beliau tetap dengan situasinya yang ada sekarang - sekadar
Timbalan Presiden UMNO dan bekas Timbalan Perdana Menteri.
Sebaliknya,
yang mungkin meraih sedikit kenaikan dalam takuk kedudukan ialah Ahmad
Zahid Hamidi yang meningkat daripada Timbalan Perdana Menteri kepada
Pemangku Perdana Menteri.
Selama
mana siasatan berjalan, selagi itulah beliau akan bergelar Pemangku
Perdana Menteri. Jika siasatan sudah selesai dan Najib didapati tidak
bersalah, beliau boleh kembali menjadi Perdana Menteri semula, tetapi
sekurang-kurangnya Zahid merasa juga duduk sebagai Pemangku Perdana
Menteri.
Kiranya
Najib didapati bersalah pula, Zahid juga lebih berpeluang untuk terus
menjadi Perdana Menteri kerana dengan kedudukannya sedia ada dalam
kerajaan, beliau lebih mudah mendapat serta memutlakkan sokongan
daripada Ahli-Ahli Parlimen BN memihak kepadanya.
Dalam
keadaan yang sama, Muhyiddin barangkali hanya berpeluang menjadi
Perdana Menteri berdasarkan konsep parti menguasai kerajaan dan
kedudukannya sebagai pemimpin nombor dua, itu pun sekiranya UMNO dan
barisan pemimpinnya yang ada sekarang sedia membuat keputusan yang
memihak kepadanya.
Cuma
soalnya, selepas agak lama berada di luar kerajaan, apakah UMNO sedia
menilai semula Muhyiddin atau merasakan memilih serta menobatkan Zahid
menjadi Perdana Menteri lebih wajar lagi?
Mengenali
budaya dalam UMNO, ternampak bahawa kecenderungan untuk mereka memihak
kepada Zahid nyata lebih tinggi berbanding memilih Muhyiddin.
Apa
pun persoalan yang bakal berbangkit nanti, yang jelasnya ketika
Muhyiddin melontarkan cadangan agar Najib bercuti sementara itu, beliau
sebenarnya tidak memikirkan keuntungan untuk dirinya.
Niatnya
benar-benar untuk menyucikan nama Perdana Menteri serta demi kebaikan
UMNO dan negara daripada kemelut 1MDB dan wang derma yang masih menjadi
pertikaian rakyat itu.
Jika
ada yang mendapat untung melalui perlaksanaan cadangan itu tidak lain
ialah Zahid Hamid - daripada pemimpin Perak pertama menjadi Timbalan
Perdana Menteri, martabatnya naik lagi dengan orang Perak pertama juga
bergelar Pemangku Perdana Menteri.
Andai
ditakdirkan Najib bersalah, peluang Zahid menjadi Perdana Menteri juga
lebih terang cahaya di hujung terowongnya berbanding Muhyiddin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan