MALAYSIAKINI
Proton Holdings Bhd mengumumkan harga baru model terpilih kenderaannya
yang dikurangkan sehingga RM1,475 atau 3.25 peratus seunit berkuat kuasa
hari ini berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Harga di atas jalan itu termasuk kesemua model Proton iaitu Saga,
Persona, Inspira, Staria Neo, Exora, Prevé, Suprima S dan Iriz, kata
syarikat itu dalam satu kenyataannya.
Kesemua harga berkenaan termasuk cukai enam peratus sebagaimana ditetapkan GST.
"Pengguna bukan sahaja membeli kereta yang bernilai untuk wang mereka,
tetapi turut memiliki kualiti serta ciri-ciri keselamatan yang
dipertingkatkan.
"Sebagai contoh, pengguna boleh membeli seunit Proton Saga pada harga
serendah RM33,242.40 atau memiliki Prevé 1.6L Turbo pada harga
RM61,023.46," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Harith
Abdullah.
Proton berkata, sebagai satu-satunya pengeluar kereta yang lengkap
sepenuhnya di rantau ini, ia sentiasa berdedikasi untuk memenuhi peranan
berkhidmat kepada negara, khususnya bagi memenuhi matlamat pelaksanaan
CBP berkenaan.
Malah, atas alasan itu, biarpun perlu mengurangkan harga keretanya,
Proton sebaliknya telah meningkatkan nilai produk menerusi aspek
keselamatannya.
Ini sekaligus turut memaparkan komitmen Proton untuk terus mempertingkat
produk dan perkhidmatannya di semua peringkat dan menawarkan rakyat
Malaysia pilihan memiliki kereta yang selamat, berkualiti dan bernilai
untuk wang.
Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web www.proton-edar.com.my .
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan