MALAYSIAKINI
NGO pendesak Melayu, PERKASA menggesa agar satu Suruhanjaya Siasatan
Diraja yang dianggotai oleh tokoh bebas dibentuk untuk menyiasat
1Malaysia Development Bhd.
Antara tokoh yang dicadangkan dalam panel tersebut ialah bekas ketua
hakim negara, Tun Abdul Hamid Mohamad yang mengetuai Barisan Perpaduan
Nasional, yang turut dianggotai PERKASA.
Cadangan itu dikemukakan oleh biro pemantauan dan integriti PERKASA dalam satu surat kepada PM, Datuk Seri Najib Razak pagi ini.
“(RCI) yang dianggotai oleh panel yang neutral serta mempunyai kuasa
untuk menjalankan penyiasatan bermandat tanpa kompromi perlu dibentuk
secepat mungkin,” kenyataan itu dipetik.
Menurut kenyataan tersebut, ia akan dapat menyelesaikan “kekusutan yang
membelenggu kepimpinan Dato' Sri Najib Razak dan merungkai segala
misteri 1MDB”.
Nama-nama lain yang disebut oleh PERKASA untuk mengetuai panel siasatan
itu adalah seorang lagi bekas ketua hakim, Tun Ahmad Fairuz dan juga
bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Talib Othman.
Menurut PERKASA, cadangan penubuhan badan siasatan bebas itu juga disuarakan oleh bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mahathir kini giat melancarkan serangan ke atas Najib, khususnya dalam
soal pentadbiran dana 1MDB dan juga dengan menimbulkan soal motif dalam
kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan