MALAYSIAKINI
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata beliau sedia membantu
kewangan polis untuk bertemu dengan Sirul Azhar Umar yang disabit
kesalahan membunuh Altantuya Shaaariibu, jika pihak berkuasa itu
kekurangan dana.
“Jika polis tiada wang untuk bayar pada pegawainya, saya akan cari
penaja yang boleh bayar kepada polis dan IGP (ketua polis negara) untuk
ke sana (Australia),” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 3 April berkata polis
telah menjalankan siasatan terhadap semua dakwaan terbaharu dibangkitkan
Sirul dan berpendapat tidak mempunyai apa-apa untuk meneruskan
siasatan.
Mengulas gesaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahthir Mohamad, Khalid
berkata polis telah bertemu Sirul yang berada dalam tahanan pihak
berkuasa Australia untuk diambil keterangan berhubung semua dakwaan yang
dibuatnya itu.
Sirul menafikan perkara itu dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.
Sementara itu, Mahfuz juga mengesahkan bahawa ibu Sirul , Piah Samad,
telah bertemu dengan Mahathir di pejabatnya di Putrajaya semalam.
“Betul, saya bawa ibu Sirul dan pakciknya bertemu Mahathir di pejabat Yayasan Perdana di Putrajaya semalam,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan