Sabtu, 18 April 2015

Nasi minyak 60 sen, teh 'O' 30 sen


Nasi minyak 60 sen, teh 'O' 30 sen Kedai makan Sinah yang tidak pernah putus pelanggan.
 
 
 
KUALA TERENGGANU – Walaupun ramai peniaga berlumba-lumba menaikkan harga makanan yang dijual disebabkan kenaikan harga barang selain pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) namun berbeza dengan peniaga kedai makan di Kampung Losong Atap Zin dekat sini.

Sinah Sulaiman, 63, tidak pernah menaikkan harga makanan dan minuman dijual sejak lebih 20 tahun lalu dan dia berhasrat akan kekal dengan harga sama seperti mana sebelumnya.

Dengan hanya 30 sen, pelanggan boleh mendapat secawan teh ‘O’ manakala pada harga RM1.40 untuk segelas milo ais ‘kaw’, sebab itu tidak hairanlah kedai makannya tidak putus-putus dikunjungi pelanggan dari jauh mahupun dekat.

Pada masa sama, Sinah yang mesra dengan panggilan Kak Nah masih mengakui mendapat keuntungan setimpal kerana baginya perniagaan yang dijalankan bukanlah untuk sehari dua tetapi dalam tempoh lama dan pelangganlah yang akan menentukan hidup matinya satu-satu perniagaan.

Di warung itu yang terletak di pinggir jalan menghala ke Muzium Negeri di sini, beraneka juadah seperti kuih-muih, nasi lemak dan nasi minyak siap dibungkus serta roti canai sehinggalah pelbagai jenis air minuman dijual dengan harga yang sangat murah.

1 ulasan:

along7275 berkata...

awat takdak kat PENANG...kedai camni.....sapa tau kat PENANG ada kedai kat mana UPDATE la...

Tambah pendapatan sampingan disamping layan Internet copy & Paste LINK http://myinvitepay.com/?ref=278253

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ