MALAYSIAKINI
Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Ahmad Maslan perlu ditukarkan ke kementerian lain serta merta
ekoran saranannya terhadap mahahsiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM)
semalam.
Mahasiswa kampus itu mengkritik saranan beliau supaya mereka memasak
sendiri daripada makan di luar bagi mengurangkan beban Cukai Barang dan
Perkhidmatan (GST) kerana asrama pelajar universiti tidak membenarkan
memasak.
"Kita
tak perlu orang yang propagandis cemerkap seperti Ahmad Maslan. Beliau
sepatutnya ditukar serta merta ke kementerian yang lain.
"Tetapi saya berharap Putrajaya boleh pastikan bahawa beliau tidak akan
memalukan kerajaan dalam jawatan barunya kelak," katanya dalam satu
kenyataan.
Setelah dipindahkan, Liew berkata sekurang-kurangnya GST boleh
dijelaskan sebagai satu isu yang serius dan bukannya "propaganda murah".
Liew turut mendakwa bahawa pemimpin BN dilaporkan menggunakan "politik
perkauman yang tidak senonoh" untuk menyokong cukai tersebut.
Bagaimanapun Liew ketika dihubungi Malaysiakini tidak boleh memberi butiran tentang "politik perkauman" itu.
Maksud untuk siswa luar kampus
Semalam Astro Awani melaporkan mahasiswa mengejek Ahmad yang juga MP Pontian ketika seminar berkaitan GST.
Mereka
dilapor kecewa dengan Ahmad yang menyarankan supaya mahasiswa memasak
makanan mereka sendiri bagi mengelakkan cukai memandangkan barang
mentah tidak dikenakan cukai.
Bagaimanapun, Ahmad dilapor berkata nasihatnya tertakluk kepada
mahasiswa yang tinggal di luar kampus sahaja, dan beliau turut menggesa
pengendali kedai makan dalam kampus menetapkan harga yang munasabah.
"Saya sudah jelaskan semuanya, kita galakkan untuk mereka masak kalau
sewa di luar dan pengusaha cafe tidak patut naikkan harga kerana bahan
mentah tidak dikenakan GST, semuanya sudah jelas," katanya seperti
dilaporkan oleh Astro Awani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan